24 tip untuk kekalkan hubungan :)

hai, hehe.. :) saya nk bagi tip untuk kekalkan hubungan..
sapa yg tngah bercinta tu baca laa, hihi.. SHARING IS CARRING :)


1. jaga penampilan diri kerana semua orang suka dngn kekemasan & kecantikan, persepsi pertama adalah sngt penting & jngn tonjolkan keburukan anda pada awal pertemuan.. 

2. ikhlas dlm memulakan perhubungan, jngn malu untuk jadi diri sendiri, bukannya berlakon & berlagak seperti org lain yang boleh menjerat diri sendiri. 

3. ketika berinteraksai dngn si Dia, jngn lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakkan tangan,renungan mata & tunjukkan minat ketika si Dia sedang bercakap. 

4. sentiasa berfikiran positif, dtg untuk bertemu si Dia,dgn penilaian yg kosong & tak curiga, dngn berfikiran positif anda lebih mudah menerima seseorang. 

5. elakkan menggunakan perkataan berunsur negatif. lebih baik bercerita tenteng kesukaan masing2. . gunakan ayat positif. 

6. pada pertemuan pertama, jngn fokuskan perbualan tentang masalah, kesibukkan kerja & sebagainya. si Dia tidak datang untuk berasa sedih, maka gembirakanLah si Dia. 

7. jngn kedekut dgn kata pujian , berikan pujian seikhlas hati anda, tapi jgn sampai berlebih-lebihan. anda boleh memuji warna bajunya, cara gayaan tudungnya, kasut, rambut, & sebagainya. 

8. tunjukkan yg anda mengambil berat terhadap pasangan anda .tlg dlm perkara2 yg kecil seperti mengangkat beg, membukakan pintu, & sebagainyaLah. ini menunjukkan anda prihatin.

9. jngn bersikap sombong (paling aku tak suka) , sebaliknya jngn abaikan unsur humor. ini memberikan tanda bahawa anda boleh didekati & bersikap terbuka untuk menerima hubungan baru.

10. jika kekasih anda melakukan kesalahan, beri Dia peluang untuk memberi keterangan. mungkin Dia ada alasan yg kukuh atas perbuatannya,jngn smpai anda yg malu sendiri. 

11. apabila anda melakukan kesalahan, jngn malu untuk mengakuinya.ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. tunjukkan keikhlasan & jngn sesekali mengulanginya. 


12. pilih waktu yg sesuai membincangkan masalah. persekitaran atau iklim yg baik, dapat mempengaruhi perbincangan & kaedah penyelesaian masalah.. 


13. keyika membincangkan sesuatu masalah, jngn guna bahasa tersurat. lebih  baik berterus terang supaya pasangan anda faham perkara yg hendak anda sampaikan. 


14. jngn terlalu menunjuk yg anda adalah sngt baik & sempurna. dengar dahulu penjelasan kekasih anda, walaupun dia bersalah & lebih baik bersikap merendah diri. 


15. ketika membincangkan sesuatu masalah tumpukan kepada masalah, persoalannya & jalan penyelesaian, bukannya dgn menyalahkan atau menunding jari kpd sesiapa.


16. jgn sesekali membandingkan kekasih anda dgn org lain, terutamanya bekas kekasih anda mahu pon kawan-kawan baik anda. seolah-olah anda lebih mementingkan mereka. 


17. semua org mempunyai ego. hormat ego kekasih anda & jngn mendedahkan ego kekasih anda dihadapan org ramai. jika Dia sedang marah ,lebih baik berdiam diri. 


18. gunakan daya pujukan yg tinggi semasa menangani kekasih yg sedang merajuk. gunakan kata-kata & janji manis. tetapi ingt jngn menabur janji.


19. setiap masalah harus diselesaikan, bukan ditinggalkan alasan. #lupakan ja# . suatu hari nanti, masalah itu berbngkit & membawa masalah baru. 


20. biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dlm kehidupan. 


21. gunakan ganti nama yg mersa untuk dirinya & anda. panggil Dia dngn nama yg lain drpd yg org gunakan. , ini memberi keistimewaan kepadanya. 


22. kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan oleh sebab itu,saling mempercayai dlm hubungan adalah penting & jgn terlalu megongkong dlm kehidupan sosialnya. 


23. ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti reaksi bersama-sama, separti berkelah, bermain bowling, jogging & sebagainya. aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.


24. dekati hobi kekasih anda & cuba melibatkan diri dgn hobi trsebut ini akan mengeratkan hubungan anda kerana  anda mempunyai aktiviti yg dapat dilakukan bersama.